Malay post. If you don't have an inkling of what Malay language is about, stay clear
Inspired by a post by KSTang
Sudah 48 tahun sejak negara kita, Malaysia, mencapai kemerdekaan daripada penjajah asing. Bagi kita yang lahir selepas kemerdekaan, apa ertinya kemerdekaan kepada kita? Kepada golongan yang hidup sebelum merdeka, mungkin mereka merasa bangga kerana perjuangan mereka untuk membebaskan bangsa dari cengkaman penjajah sudah berjaya. Bak kata orang, cuma yang makan cili yang merasa pedasnya dan tahu menghargai perjuangan untuk membebaskan rasa pedas cili daripada mulut.
Jadi, kita warga yang lahir selepas merdeka, adakah kita semua se-patriotik warga-warga yang memperjuangkan hak kemerdekaan 48 tahun yang lalu? Adakah tanpa mengharungi semua kesusahan itu menjadikan kita semua merasakan kemerdekaan yang diperolehi sekarang mudah untuk diperolehi? Adakah kita boleh mengharungi segala kesusahan yang dilalui oleh warga sebelum merdeka, dan memperjuangkan kemerdekaan untuk kita sendiri?Dengan kemerdekaan, banyak yang kita boleh buat - kita bebas untuk bersuara; kita bebas untuk menganut agama masing-masing; kita bebas untuk memilih siapa yang kita fikir layak untuk memimpin kita melalui pilihanraya; kita bebas untuk buat apa sahaja, sekiranya ia tidak menggangu orang lain ataupun boleh memporak-perandakan keadaan; kita boleh guna bendera sebagai pakaian kita; kita boleh pergi ke mana-mana sahaja di dalam negara kita tanpa ditahan (sekiranya kita tidak bersalah); banyak yang kita boleh buat. Ada setengah pihak mengambil ringan perkara ini, dan meminta perkara-perkara yang tidak munasabah - mahu kerajaan sentiasa menolong mereka dengan subsidi, contohnya.
Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-48 ini, saya berharap Malaysia akan dapat maju beribu tapak lagi ke hadapan. Semoga segala impian untuk Wawasan 2020 dapat dipenuhi menjelang tahun 2020 - ataupun sebelum itu. Hidup Malaysia! Bangga menjadi warga Malaysia!!
4 Responses
Merdeka Blogger Project
August 30th, 2005 at 10:03 pm
1Malay post. If you don’t have an inkling of what Malay language is about, stay clear. Inspired by a post by KSTang
Sudah 48 tahun sejak negara kita, Malaysia, mencapai kemerdekaan daripada penjajah asing. Bagi kita yang lahir selepas kemerdekaa…
dannyFoo
August 31st, 2005 at 10:58 am
2Post plugged on Merdeka Blogger.
ashotiwoth
August 31st, 2005 at 11:18 am
3cool..
thanks a lot dannyFoo… there should be more later 
Blog @ ashotiwoth.com
August 16th, 2006 at 6:05 am
4It's August again, the month of the national day celebration. It's the month where last year, there's a project where it encourages Malaysian bloggers to blog in Malay language. I followed along…
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
Categories
Links
Meta
Sponsors
Feeling generous?
Thanks EF!
Calendar
Dilbert Comics
Recent Entries
Recent Comments
Most Commented
Blog @ ashotiwoth.com is proudly powered by WordPress - BloggingPro theme by: Design Disease - Subscribe to my RSS?